Kisah untuk renungan bersama...Katakan sekarang...jangan tunggu sampai
esok...
Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang
bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu
menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu
adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.
Apabila dia menyadari akan kesalahannya dan mau minta maaf, dia selalu
berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka
kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia
anggap itu wajar-wajar aja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia
anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman
baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil
inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya,
"Tidak apa-apa, besok kan boleh."
Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi.
Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah
saling tegur.
Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik
yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu
bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.
Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang
gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman
wanitanya. Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di
naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.
Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah
lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia
selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini
tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja
selalu mau apabila diajak keluar.
Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon
teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja
lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah
lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir
isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan
masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah
menyalahkannya.
Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk
mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah
melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan
mengatakannya."
Dia tidak pernah bersama di acara hari jadi anak-anaknya, tapi dia
tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.
Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya ditabrak lari.
Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah
serius dan dia tidak sadar bahwa kemalangan itu bakal menjemput
isterinya menemui yg maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta
pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini
berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah
kematian isterinya.
Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi
dengannya.
Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak
ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah
meluangkan waktunya untuk mereka.
Waktu berjalan begitu cepat, orang tua ini tinggal di rumah jompo yang
terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan uang
yang disimpannya dari dulu untuk perayaan ulang tahun perkawinan ke
50, 60, dan 70. Maksud dia menabung adalah untuk nanti digunakan pergi
berlibur ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama
isterinya, tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di
rumah jompo tersebut.
Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan
penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang
tidak pernah dia rasakan sebelumnya.
Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata
kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu...." Kemudian
perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan
airmata dipipinya.
=========================================================
Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya
sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,
sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.
Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain!
Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu
untuk menelponnya segera.
Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahwa anda sangat sayang pada dia, jangan
tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain
hari baru anda akan memberitahu dia, hari ini tidak pernah akan datang.
Jika anda selalu pikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan
pergi begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah , meninggalkan anda.
Kirimkanlah email ini kepada sahabat-sahabat anda..... Atau.... anda
masih mau menunggu adanya hari esok.......
http://bima.ipb.ac.id/~anita/article.htm
Tidak ada komentar:
Posting Komentar